Berpindah ke rumah baru sememangnya bukan suatu perkara kecil. Lebih-lebih lagi jika rumah tersebut berjaya dimiliki dengan hasil titik peluh sendiri.
Dalam keterujaan serta kekec0han mengadakan persiapan untuk berpindah rumah, jangan lupa tentang beberapa perkara.
Selain membersihkan kawasan rumah yang bakal didiami, sentiasa beringat untuk memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi ke atas rezekiNYA serta memohon perlindungan-NYA di tempat baru.
Seperti yang dijelaskan oleh portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebenarnya tiada nas yang mengkhususkan amalan tertentu ketika memasuki rumah baru.
Pun begitu, kita sangat dianjurkan untuk berdoa kepada Allah supaya rumah baru berkenaan serta diri diberkati.
Perlindungan dari Allah
Pendakwah Ustaz Azhar Idrus pula berkata, kebanyakan amalan atau adab memasuki rumah baru yang biasa dilazimi masyarakat kini berasal daripada ikutan orang-orang dulu berdasarkan ajaran ulama. Justeru , kita dianjurkan melazimi beberapa perkara berikut:
1. Membaca surah al-Baqarah.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya sya!tan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah.” (Hadis Riwayat Muslim)
2. Mengamalkan doa masuk rumah.
Amalan ini dianjurkan oleh Ustaz Azhar setiap kali kita menjejakkan kaki ke dalam tempat kediaman. Di samping itu, kita juga boleh melazimkan diri membaca surah Yasin.
3. Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah
Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda, : “Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.” (Hadis Riwayat Bazzar)
Ustaz Azhar juga menggalakkan perlaksanaan solat sunat hajat secara berjemaah di tapak rumah baru tersebut ketika ia sedang dibina serta setelah berpindah masuk.
4. Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu
Daripada Jabir bin Abdillah RA, Nabi SAW bersabda:
“Apabila seseorang masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Selain itu, Nabi SAW juga bersabda: “Tutuplah pintu, dan sebutlah nama ALLAH kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama ALLAH).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Memberi salam
Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar RA berkata: “Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin – Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)
Oleh itu, tiada masalah untuk mengamalkan adab memasuki rumah baru seperti yang dilakukan oleh orang-orang dahulu seperti membaca sepertiga surah al-Baqarah dan sebagainya, asalkan ia tidak dijadikan suatu kewajipan.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.